30 September, 2009

Marhaban - malam ke 3

KELEBIHAN SELAWAT:

Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)

Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Baginda bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)


29 September, 2009

Marhaban 1430H - malam ke2












Majlis Marhaban Syawal 1430H - malam pertama

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2009, sekali lagi warga Taman Warisan Peserai mengadakan majlis marhaban dari rumah ke rumah.








17 October, 2008

Gambar Marhaban

Untuk melihat banyak lagi gambar lain sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Taman Warisan, Peserai. Sila KLIK



14 October, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1429H

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat telah di adakan bermula pada hari Rabu 08.10.2008 hingga pada hari Isnin 13.10.2008. Aktiviti berkunjung dari rumah ke rumah oleh penduduk lelaki bersama anak-anak bermula selepas solat Isyak. Selawat dan marhaban serta doa dibacakan di setiap rumah.
Majlis penutup di adakan pada 13.10.2008 di Jalan Warisan 7 dan diakhiri dengan mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Penduduk Taman Warisan.