04 October, 2009

Video Klip Marhaban Taman Warisan 2009







Marhaban - malam terakhir

Makluman: Blog Taman Warisan akan hanya dikemaskinikan dari masa ke semasa (jika ada kesempatan dan izin Allah). Niat saya hanya ingin memaparkan gambar aktiviti penduduk taman. Sebarang pandangan atau cadangan boleh dikemukakan di dalam mesyuarat JK Taman Warisan atau tinggalkan dalam ruang catatan pengunjung.


















Semoga bertemu lagi di tahun hadapan. Maaf Zahir dan Batin dari saya seisi keluarga.

03 October, 2009

Marhaban - malam ke 5

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

01 October, 2009

Marhaban - malam ke 4

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Mak Bidan pergi ke pekan
singah sebentar di rumah Pak Hassan
beribu kemaafan ku pohonkn pd mu tuan
andai terkasar bahasa terguris perasaan
Ucapan maaf sesama kita,
Mencium tangan ayah dan bonda,
Airmata mengalir tanpa di pinta,
Mendengar takdbir di hari raya,
Perkara yang lepas usah disimpan
Makin dikenang makin menyakitkan
Tangan dihulur saling bermaaf-maafan
Moga silaturrahim akan berkekalan
Pergi kekedai membeli halia
Ke sana dengan menaiki sampan
Bulan Syawal bulan yg mulia
Marilah kita saling bermaafan
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera
Pergi ke sungai bersama Zakri,
Ingin mengaik siikan Fatin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maah Zahir dan Batin..
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Buah cempedak di luar pagar
Masak sebiji di atas peti
kasih ingatan tulus dan segar
Di aidilfitri dekat di hati
Pulau pandan jauh ke tengah
Nasi lemak buah bidara
Salinglah menziarah usah berlengah
Raikan teman serta saudara
Syawal kini kembali lagi,
Disambut dengan meriah sekali,
Pohon kemaafan di Aidilfitri,
Semoga ukhuwah kekal abadi
dua tiga kucing berlari
kerana berebut si ikan patin
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin
Anak cikgu bermain guni,
Sambil berlari ke sana ke mari,
Utk sahabat yang baca mesej ini,
Ku mohon maaf, Ku ucapkan Salam Aidilfitri,
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Sebulan puasa, hingga ke penghujung
Takbiran bergema, Syawal pun tiba
Senyuman ceria, rakan di Semenanjung
Mera’ih baraqah, di hari mulia
Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Di petang hari belanja sirap
Tidak di lupa sekotak pop corn
Kiranya ada salah dan silap
Ampun dan maaf saya pohon
Kuih bahulu ketupat ada,
Masih tersimpan di atas meja,
Suasana raya masih terasa,
Kunjung mengunjung budaya kita